Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS TAZKIRAH DI MASJID JAME SHEIKH HASBOLLAH AL THAHERI SANDAKAN

Kepada semua muslimin dan muslimat sekitar bandar sandakan, pada 30hb September 2009 akan diadakan majlis tazkirah ba'da solat magrib di Masjid Jame Sheikh Hasbollah Al Thaheri Bandar Sandakan. Tazkirah tersebut akan di sampaikan oleh al Hafidz al Habib Muchsin bin Abdurahman al Hamid (Hudaida-Yemen) dalam bahasa arab dan akan diterjemah oleh al Fadil Ustadz Bakthiar bin Hj. Hud.

AL ATTAS FI AL SANDAKANI


SALAM ALAIK,

Al Attas fi Al Sandakani berkampung di sebuah pulau yang di panggil PULAU JAMBONGAN. Secara umum kebanyakkan masyarakat di pulau tersebut adalah dari qabilah Al Attas yang dikembangkan oleh 2 bersaudara yang dipercayai masuk dari negara Brunei Darussalam. Keluarga Al Attas itu adalah zuriat kepada Sharif Attas Al Attas yang wafat di Sebuyau Sarawak yang mana juga dipercayai masuk dari Pontianak. Foto di atas adalah salah seorang keturunan Sharif Attas Al Attas yang bernama Sharif Hj. Mahada bin Attar bin Abu Bakar bin Attas Al Attas.

akhbabul mukhtar ya karrim muhsin alkaf

Sunday, September 27, 2009

Keluarga AL HAMIDADDIN AL HASNI AL SANDAKANI

Salam semuanya.....Keluarga Al Hamidaddin Al Hasni merupakan zuriat Saidina Hassan ibn Saidina Ali melalui perkahwinan dengan Saiyida Fatima binti Rasulullah saw. Keluarga al Hamidaddin banyak terdapat di yemen utara dan sebilangan kecil berada di Sandakan Sabah. Habib Muhammad bin Hamud al Hamididdin al Hasni telah menurunkan zuriat di Sandakan sabah dan salah satu anaknya bernama Habib Sharafuddin bin Muhammad al Hamidaddin yang kin berusia hampir 80 tahun. Manakala Habib Sharafuddin menurunkan ramai zuriat dan keluarga ini berkembang di Sandakan.

MAJLIS ILMU BERSAMA HABIB MUHSIN AL HAMID


Di jemput datang menghadiri majlis ilmu bersama habib muhsin al hamid (YEMEN) bertempat di Mahad Tahfiz, Batu 7 Sandakan selepas solat Isyak, bertarikh 29 September 2009.