Sunday, October 18, 2009

MAJLIS RIYADHUL JANNAH



MAJLIS RIYADHUL JANNAH pimpinan Al Habib Muchsin bin Abdurahman Al Hamid telah diadakan di Masjid Datuk Pangiran Galpam Sandakan. Majlis tersebut diisi oleh bacaan RATIB ALHADDAD, MAULID HABSYI, ceramah agama dan sebagainya adalah bertujuan untuk menghidupkan suasana dakwah dalam menerapkan kecintaan kepada ALLAH SWT dan juga nabi junjungan rasulullah saw. Semoga dengan adanya majlis ini dapatlah kita sama-sama menegakkan syiar Islam dan memperkukuhkan ikatan silatulrahmi sesama kita..amin rabbal alamin.

Thursday, October 8, 2009

Kunjungan Keluarga Assegaf Dari Malaya


Alhamdulillah, pada 8hb-9hb Oktober 2009, keluarga Assegaf dari Malaya telah berkunjung ke Sandakan sabah untuk bersilatulrahmi dengan keluarga dekat dari fam Assofi Assegaf.

Thursday, October 1, 2009

MANAGIB AL HABIB ASY SYARIF HASSAN TEMBAGA ASSEGAF


al Habib asy Syarif Hassan Tembaga Assegaf merupakan seorang pendakwah yang berasal dari Sewun, Hadhramaut Yaman. Dipercayai beliau bersama saudaranya al Habib Toha telah mengikuti misi dakwah ke asia tenggara sekitar tahun 1790M. Menurut sumber ahli nasab, Al Habib Hassan bersama saudaranya telah singgah ke tanah jawa (Solo, Jawa Tengah) untuk beberapa waktu. Paman al Habib Hassan yang bernama Habib Abdurahman Assegaf yakni seorang pedagang dari Banjarmasin telah membawa Habib Hassan dan saudaranya ke Banjarmasin. Setelah sekian lama, Habib Hassan telah mengahwini wanita tempatan dan Allah SWT telah menganugerahkan seorang zuriat bernama Habib Abdul Qadir bin Hassan Assegaf. Habib Hassan sering berpergian atas urusan dakwah dan dagang yakni ke Brunei dan Sulu, Filipina. Manakala saudara Habib Hassan yakni Habib Toha telah dipercayai hilang sewaktu keluar berdakwah dari Kota Banjar. al Habib Hassan Assegaf suatu masa pernah sekali ingin dirampok oleh sepasukan lanun sewaktu beliau singgah sebentar di suatu pulau bersama anaknya. Namun dengan karamah beliau, para lanun tidak berani mendekatinya akhirnya meninggalkan mereka.Sewaktu Habib Hassan berdakwah di Brunei Darussalam, beliau telah menikahi wanita tempatan dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Habib Ahmad Yassam. Aktiviti dakwah dan perdagangan di Brunei Darussalam waktu itu semakin lancar dan tidak lama kemudian Habib Abdul Kadir turut bernikah dengan wanita tempatan dan dikuniakan zuriat bernama Sharif Hassan Assegaf. Setelah itu, Habib Hassan bersama anaknya abdul kadir yang pada masa itu sudah dewasa telah berdakwah ke Sabah melalui jalan laut dan menelusuri laluan sungai besar. Di Sabah, Habib Hassan dan anaknya yakni Abdul Kadir telah memasuki kawasan Sandakan dan mengembangkan ajaran Islam disekitar tempat yang bernama Sungai Nangoh, Kuala Sapi. Manakala anaknya telah berdakwah di Kampung Tebuan(Beluran Sandakan). Sewaktu Habib Hassan berdakwah di Kuala Sapi Sandakan, beliau telah bernikah dengan wanita tempatan dari suku kaum Dumpas, manakala Habib Abdul kadir pula bernikah kali kedua dengan suku kaum Bajau di Pulau Tebuan dan melahirkan sebilangan zuriat antara yang terkenal hingga kini bernama Sharif Sheikh Assegaf.al Habib Hassan Assegaf telah di bunuh di perkampungan sungai Nangoh oleh masyarakat di sana yang kurang senang dengan kedatangan beliau dalam misi dakwah. Walaubagaimanapun, keturunan Habib Hassan telah berkembang di Sabah khususnya di Sandakan. Habib Hassan pada ketika itu mendapat gelar Sharif Hassan Tembaga atas karamah beliau yang dipercayai diantara waliyullah. Al Fatihah buat ruh beliau......

Tuesday, September 29, 2009

MAJLIS TAZKIRAH DI MASJID JAME SHEIKH HASBOLLAH AL THAHERI SANDAKAN

Kepada semua muslimin dan muslimat sekitar bandar sandakan, pada 30hb September 2009 akan diadakan majlis tazkirah ba'da solat magrib di Masjid Jame Sheikh Hasbollah Al Thaheri Bandar Sandakan. Tazkirah tersebut akan di sampaikan oleh al Hafidz al Habib Muchsin bin Abdurahman al Hamid (Hudaida-Yemen) dalam bahasa arab dan akan diterjemah oleh al Fadil Ustadz Bakthiar bin Hj. Hud.

AL ATTAS FI AL SANDAKANI


SALAM ALAIK,

Al Attas fi Al Sandakani berkampung di sebuah pulau yang di panggil PULAU JAMBONGAN. Secara umum kebanyakkan masyarakat di pulau tersebut adalah dari qabilah Al Attas yang dikembangkan oleh 2 bersaudara yang dipercayai masuk dari negara Brunei Darussalam. Keluarga Al Attas itu adalah zuriat kepada Sharif Attas Al Attas yang wafat di Sebuyau Sarawak yang mana juga dipercayai masuk dari Pontianak. Foto di atas adalah salah seorang keturunan Sharif Attas Al Attas yang bernama Sharif Hj. Mahada bin Attar bin Abu Bakar bin Attas Al Attas.

akhbabul mukhtar ya karrim muhsin alkaf

Sunday, September 27, 2009

Keluarga AL HAMIDADDIN AL HASNI AL SANDAKANI

Salam semuanya.....Keluarga Al Hamidaddin Al Hasni merupakan zuriat Saidina Hassan ibn Saidina Ali melalui perkahwinan dengan Saiyida Fatima binti Rasulullah saw. Keluarga al Hamidaddin banyak terdapat di yemen utara dan sebilangan kecil berada di Sandakan Sabah. Habib Muhammad bin Hamud al Hamididdin al Hasni telah menurunkan zuriat di Sandakan sabah dan salah satu anaknya bernama Habib Sharafuddin bin Muhammad al Hamidaddin yang kin berusia hampir 80 tahun. Manakala Habib Sharafuddin menurunkan ramai zuriat dan keluarga ini berkembang di Sandakan.